KUANTAN: Sejumlah lapan borang pencalonan untuk Pilihan Raya
Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, telah dibeli daripada pejabat
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang.
Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli berkata daripada
jumlah itu, empat borang dibeli wakil Barisan Nasional (BN), manakala empat
lagi oleh wakil bebas.
Katanya, borang pencalonan itu mula dijual sejak 15 Mei lalu
di pejabat SPR Pahang dan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, dekat sini.
BACA: BN Pahang minta beri kemenangan percuma di PRK DUN
Chini
BACA: Chini Memilih: PKR tidak letak calon
PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk
Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan
jantung.
SPR menetapkan PRK DUN Chini diadakan pada 4 Julai dengan 20
Jun sebagai hari penamaan, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.
Pada Pilihan Raya Umum lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi
DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala
calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari
PKR (1,065).
SUMBER -- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor