Pages

Monday, June 15, 2020

BN INGIN TERUSKAN KEJAYAAN SIRI KEENAM KEMENANGAN DI PRK DUN CHINI – AHMAD MASLAN





 PEKAN, 15 Jun – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan percaya dan yakin Barisan Nasional (BN) mampu meneruskan kejayaan sepertimana dalam lima Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini sekiranya berlaku pertandingan pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini 4 Julai depan.


Namun pada masa yang sama beliau mengharapkan agar jentera tidak terlalu ‘over confident’ biarpun pihak lawan daripada Pakatan Harapan (PH) tidak akan menurunkan calon kerana apa yang penting adalah untuk memastikan kemenangan BN dapat dikekalkan.


“Menang di Cameron Highland, menang di Rantau, Tanjung Piai, Kimanis dan Semenyih maka ini siri yang keenam kita ingin meneruskan siri kemenangan. Jadi dengan lain perkataan kemenangan di Chini ini harapan kita ialah menang dengan majoriti berlipat kali ganda dan ini sasaran kita mudah-mudahan dapat dicapai.


“Saya melihat Pusat-pusat Daerah Mengundi (PDM) cukup bersedia dan yang menariknya PDM mempunyai sasaran sendiri melebihi apa yang disasarkan oleh negeri dan bahagian. Apa makna ini… ia membuktikan bahawa jentera di sini sduah bersedia dan mereka gembira dengan ‘Muafakat Ke Arah Kestabilan’ yang merupakan cogan kata kita,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke beberapa buah PDM sempena lawatan kerjanya ke kawasan Chini.


Ahmad Maslan seterusnya mengingatkan agar jangan ‘over confident’ dengan meneruskan segala persiapan hingga ke saat akhir.


“Jika mereka tidak mahu bertanding termasuk calon bebas itu adalah yang terbaik tetapi jika ada pertandingan kita ingin memastikan kemenangan kepada BN.


“Tanpa kita bongkak dan angkuh… yang penting kita membuat persiapan yang rapi. Dengan lain perkataan, PDM-PDM telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRK DUN Chini nanti,” ujarnya lagi.


SUMBER  – UMNO Online

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor