Dr. Adham Baba tidak menduga dilantik seorang menteri.
Apatah lagi sebagai Menteri Kesihatan.
Bersama Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan, mereka
setakat hari ini telah membuktikan kepada negara-negara ASEAN dan dunia bahawa
negara Malaysia – adalah negara terbaik menguruskan wabak COVID-19 ini.
Hari ini, 15 April 2020, walaupun jumlah kes COVID-19 di
Malaysia ialah 5,072 kes.
Tetapi, jumlah pesakit yang sembuh ialah seramai 2,647 kes.
Iaitu lebih daripada 50 peratus dari jumlah yang kena
jangkitan COVID-19.
Di Thailand yang sembuh hanya 1,497 kes daripada 2,643 kes
yang dijangkiti.
Di Filipina yang sembuh hanya 353 kes sahaja daripada 5,453
yang dijangkiti COVID-19.
Di Indonesia yang sembuh hanya 446 kes daripada 5,136 kes
yang dijangkiti.
Di Singapura yang sembuh hanya 611 kes daripada 3,252 kes.
HAKIKATNYA:
1. Ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Kesihatan
Malaysia telah berjaya menemukan satu cara yang efektif untuk memulihkan
pesakit-pesakit COVID-19.
2. Negara mempunyai seorang Menteri Kesihatan yang
berpandangan jauh dan amat pro-aktif di dalam menghadapi peperangan ini.
3. Patutlah, tiba-tiba Ketua Negara-negara ASEAN mengadakan
perbincangan dengan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin (conference video) untuk
mendapatkan rahsia kejayaan Malaysia ini.
4. Tidak dinafikan peranan yang amat besar oleh Ketua
Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah di dalam menangani wabak
COVID-19 ini.
5. Tetapi perlu dinyatakan juga bahawa Noor Hisham mula
dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013, menggantikan Datuk
Seri Dr. Hasan Abdul Rahman ketika itu.
6. Ini bermakna, Noor Hisham merupakan Ketua Pengarah
Kesihatan ketika Dr. Dzulkefly menjadi Menteri Kesihatan ketika Pakatan Harapan
memerintah.
7. Bermakna juga, Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah
Kesihatan tidak mengambil langkah yang pro-aktif pada penghujung bulan Januari
2020 untuk menasihati kerajaan menutup sempadan negara dari pelancong negara
China.
8. Maka, sebarang usaha mahu menjadi Ketua Pengarah
Kesihatan ini sebagai hero ataupun ‘kambing hitam’ adalah satu usaha yang tidak
adil.
9. Apa sebenarnya yang dilihat oleh rakyat, kepimpinan yang
baik daripada Menteri Kesihatan yang baru ini iaitu Datuk Dr. Adham Baba,
seorang benar-benar doktor perubatan, telah berjaya menangani wabak COVID-19
ini.
10. Kepimpinan Dr. Adham, telah berjaya membawakan prestasi
terbaik dari kalangan Ketua Pengarah Kesihatan, doktor-doktor, jururawat dan
frontliners.
11. Rakyat juga melihat kepimpinan terbaik dari PM TS
Muhyiddin Yassin di dalam menangani wabak COVID-19 ini.
12. Pakej Rangsangan yang terbaik untuk membantu rakyat yang
tengah susah. Rakyat sedar, nyawa perlu diselamatkan.
13. Rakyat berasa amat bersyukur semua mereka ini telah
berkorban dan bersabung nyawa demi rakyat Malaysia.
TERIMA KASIH PM TSMY.
TERIMA KASIH DR. ADHAM BABA.
Terima kasih seluruh team Kementerian Kesihatan.
Salam.
Dato’ Saiful Bahar Arshad
Putrajaya
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor