PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti dua
subkluster COVID-19 saling berkaitan di Kuantan hasil aktiviti tertumpu yang
telah dijalankan melalui pengesanan, penyaringan dan ujian ke atas kumpulan sasar
yang berisiko tinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
berkata kluster individu dalam siasatan (PUI) Bali di Kuantan adalah satu
kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari
sebuah pusat perubatan di Kuantan.
Ujarnya, sehingga hari ini, 20 orang telah dikenal pasti di
dalam kluster ini, iaitu 14 orang sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan
Afzan (HTAA), Pahang; dua orang telah sembuh; tiga orang dirawat di unit
rawatan rapi (ICU) manakala seorang telah meninggal dunia iaitu kes ke-1,575.
"Kes indeks iaitu kes ke-4,684 bagi kluster ini
mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia.
"Beliau kemudiannya mempunyai kontak rapat dengan kes
ke-1,575 iaitu abang kepada kes indeks. Kes ke-1,575 kemudiannya telah
menjangkiti tujuh kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga.
"Terdapat 339 kontak rapat telah dikenal pasti dan
ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, termasuk 202 anggota kesihatan,"
katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini pada Isnin.
Malah, ujarnya daripada keseluruhan jumlah tersebut,
terdapat tiga anggota kesihatan yang terlibat dalam kluster ini.
SUMBER : ASTRO AWANI
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor