KUANTAN - Stesen minyak di enam daerah di Pahang yang
diarahkan menghentikan operasi perniagaan bermula 7 petang hingga 7 pagi
sebelum ini, kini dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin
Ishak bagaimanapun berkata, hanya perkhidmatan isian minyak sahaja yang
dibenarkan, manakala kedai serbaneka di stesen minyak tidak dibenarkan
beroperasi mulai 10 malam hingga 6 pagi.
Katanya, ketetapan itu berkuatkuasa mulai esok (21 Mac)
sehingga 31 Mac ini atau sehingga Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung
wabak Covid-19 yang diumumkan kerajaan, ditarik semula.
"Ini adalah bagi kemudahan orang ramai untuk mengisi
minyak kenderaan. Bagaimanapun arahan penutupan bagi premis perniagaan lain
seperti yang dinyatakan sebelum ini, adalah masih sama," katanya menerusi
kenyataan media hari ini.
Semalam, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan
Ismail, mengumumkan semua premis perniagaan di Kuantan, Pekan, Temerloh,
Jerantut dan Bentong, perlu menghentikan operasi mereka bermula 7 petang hingga
7 pagi berkuatkuasa esok.
Arahan itu telah berkuatkuasa di Cameron Highlands sejak
Rabu
SUMBER . - Bernama
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor