KUANTAN, 13 MAC 2020: Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang,
Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman
Osman mengesahkan solat Jumaat di semua masjid di negeri
Pahang tiada pembatalan dan berlangsung seperti biasa.
Beliau memaklumkan agar semua masjid membaca doa qunut
nazilah semasa solat Jumaat dan
solat subuh setiap hari sebagaimana saranan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Pemangku Raja
Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan
baginda, semalam.
Walau bagaimanapun, mereka yang sakit yakni keuzuran
dibolehkan untuk tidak menunaikan
solat Jumaat kerana bimbang menjangkiti jemaah lain.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama
Islam, Pelajaran dan Kesihatan
Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika
dihubungi berkata, para jemaah
yang akan hadir pada solat Jumaat hari ini dibolehkan
memakai topeng muka sebagai langkah
pencegahan selagi tidak menghalangi anggota sujud.
Selain itu katanya, jemaah perlu menitikberatkan penjagaan
kebersihan seperti kerap
membasuh tangan menggunakan sabun dan juga sanitizer.
“Saya ingin menasihati orang ramai supaya elakkan berkongsi
peralatan solat dan elak daripada
bersentuhan dan bersalaman dengan jemaah lain bagi mengelak
jangkitan wabak Covid-19.
“Bawalah sanitizer bersama bagi memastikan penjagaan
kebersihan terjaga,” katanya. -
SUMBER: PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor