KUANTAN, 6 MAC 2020: Peruntukkan sebanyak RM2 juta akan
digunakan untuk menaik taraf
Pasar Besar Kuantan bagi memberi keselesaan kepada peniaga
dan pengunjung di situ.
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH.
Dato’ Hamdan Hussin berkata, jumlah itu meliputi peruntukan seperti membaiki
kerosakan dan naik taraf dinding bangunan.
“Setakat ini projek menaik taraf berkenaan masih di
peringkat reka bentuk dan dijangka akan dimulakan pada bulan Jun ini,” katanya
pada Program Gotong-royong di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini.
Kakitangan MPK mengecat bangunan Pasar Besar Kuantan pada
Program Gotong-royong hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, semua pihak termasuk peniaga
harus memainkan peranan dan tanggungjawab bagi menjadikan persekitaran pasar
ini sentiasa bersih untuk menarik pengguna datang membeli barangan di sini.
“Pasar juga merupakan lokasi penting yang menunjukkan serta
mencerminkan imej. Jika persekitaran pasar bersih, ia akan menjadikannya lebih
selesa untuk dikunjungi bukan sahaja pelanggan bahkan pelancong dari luar,”
katanya.
Katanya lagi, kepentingan amalan gotong-royong juga perlu
dimartabatkan semula sebagai sebahagian daripada cara hidup masyarakat pada
masa kini.
“Setelah sekian lama, amalan gotong-royong semakin kurang
dilaksanakan… Kita tidak mahu apabila menjadi negara maju, kita akan hilang nilai-nilai
kerjasama ini,” katanya.
SUMBER – PAHANGMEDIA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor