KUALA LUMPUR, 3 Mac – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan
Sri Shahrir Abdul Samad mengingatkan bahawa prasangka buruk terhadap
pemimpin-pemimpin UMNO terus cuba dihidupkan oleh mereka yang menyokong Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Katanya, penyokong-penyokong Tun Mahathir cuba mengembangkan
naratif bahawa UMNO menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri kerana,
apabila dalam kerajaan, kes-kes terhadap pemimpin-pemimpin UMNO akan ditarik
balik.
“Ini naratif yang meleset kerana Datuk Seri Najib sudah pun memberi
kenyataan yang tegas, dia ‘bukan Lim Guan Eng. Tepat sangat!,” katanya dalam
hantaran menerusi Facebooknya.
Jelas beliau, selepas PRU-14, Lim Guan Eng masih lagi
menjalani pembicaraan apabila Pejabat Peguam Negara minta supaya tuduhan
terhadap Lim Guan Eng digugurkan.
“Fakta ini tidak lagi boleh ditutup. Ianya bukti nyata
bagaimana Lim Guan Eng sedia menggunakan kuasa politik untuk menodai sistem
keadilan negara.
“Sebab itu, kata-kata: ‘saya bukan Lim Guan Eng’ merumuskan
sikap kemunafikan pemimpin Dap itu.
“Sebaliknya, bagi Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid,
mereka berdua tetap bermaruah dan akan tetap melalui proses perbicaraan di
mahkamah untuk membersihkan nama mereka.”
Ujar beliau, kerajaan PH telah menguasai badan penyiasat
seperti SPRM melalui pelantikan seorang aktivis politik dan bekas ahli PKR.
“Badan pendakwaan, iaitu Kamar Peguam Negara, diketuai pula
oleh Tommy Thomas. Penguasaan PH terhadap badan penyiasat dan badan pendakwa
telah menjejaskan sistem keadilan negara.
“Namun, kehakiman, insya-Allah, telah pulih dari serangan
terhadap judisiari semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir pada 1987.
“Itulah sebabnya kehakiman dilihat sebagai benteng terakhir
mempertahankan keadilan,” katanya lagi.
Dilaporkan, sesi perbicaraan yang melibatkan Presiden UMNO
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa melakukan kes pecah amanah ketika
menjadi Menteri Dalam Negeri bersambung hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur. Terdahulu beliau memberi jaminan kes pendakwaan politik dan berpilih
yang dikenakan ke atasnya itu tidak akan digugurkan sama sekali.
Sewaktu kepimpinan PH, berlaku trend pengguguran kes
mahkamah melibatkan pemimpin mereka termasuklah Lim Guan Eng yang didakwa dalam
kes rasuah dan kes sedang berlangsung namun digugurkan oleh Peguam Negara.
SUMBER – UMNO Online
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor