Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas segelintir pihak yang menuding jari mengatakan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana pengkhianatan.
Katanya, apabila hal yang sama berlaku terhadap Barisan Nasional (BN) dikata pula sebagai demokrasi.
“Apabila wakil rakyat lompat parti sehingga tumbangnya Kerajaan BN di Sabah dan Perak, itu dikatakan hak demokrasi, tapi apabila wakil rakyat lompat parti sehingga tumbangnya kerajaan PH di Persekutuan dan Melaka, itu dikatakan pengkhianatan,” tegas beliau dalam satu hantaran pendek menerusi laman Facebooknya.
Terdahulu, kerajaan PH tumbang 24 Feb lalu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri dan PPBM keluar dari PH, selain 11 anggota PKR turut keluar dari gagasan itu. Ekoran itu, Pakatan Nasional dibentuk sebagai noktah terhadap kemelut politik yang mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atas sokongan dari UMNO, PAS, MCA dan MIC.
Menyusul kemudiannya, Johor membentuk kerjaan baharu dan semalam, PH Melaka juga tumbang apabila dua ADUN PPBM iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) selain Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu ) beralih sokongan kepada BN.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor