KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO hari ini menyeru agar seluruh
kepimpinan politik melakukan gencatan politik buat sementara waktu dan
memfokuskan kepada permasalahan rakyat yang lebih besar.
Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hari ini
pandemik wabak Covid-19 dan krisis ekonomi benar-benar menghantui rakyat serta
negara.
“Saya menyeru agar seluruh kepimpinan politik agar melakukan
gencatan politik buat sementara waktu dalam keadaan rakyat berhadapan dengan
dua krisis besar pandemik wabak Covid-19 dan krisis ekonomi yang benar-benar
menghantui rakyat ni.
“Hentikan seketika perbalahan politik dan ketidakpuasan hati
dalam isu perlantikan anggota kabinet demi memelihara dan memfokuskan maslahah
rakyat yang lebih besar,” katanya menerusi catatan di facebook.
Katanya lagi sama-samalah berdoa agar negara dan rakyat
dijauhkan daripada wabak berkenaan.
“Ayuh…Kita sama-sama berganding bahu menangani kemelut
ekonomi dan Coronavirus Covid-19 secara bersama. Kita panjatkan doa agar Allah
memelihara dan menghindari kita daripada wabak Covid-19 yang menakutkan ini,”
tambahnya.-
SUMBER : UMNO Online
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor