Pages

Monday, March 16, 2020

MPPKUIPSAS ERAT HUBUNGAN SISWA DENGAN MASJID





KUANTAN, 14 MAC 2020: Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Haji
Ahmad Shah (MPPKUIPSAS), Kuantan, sangat komited melakukan kerja amal dalam usaha
mengeratkan hubungan di antara mahasiswa dengan masjid.


Ini bertujuan membentuk sahsiah pelajar berlandaskan agama selain memupuk rasa
tanggungjawab terhadap kebajikan masjid dengan penyaluran pelbagai bentuk sumbangan.
Presiden MPPKUIPSAS, Wan Syaq Asyraf Wan Halimi berkata, MPPKUIPSAS sangat komited
menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan masjid-masjid sekitar.


“MPPKUIPSAS dengan kerjasama Alternative Riding Club (ARC) Paya Besar telah mengadakan
projek Sumbangan Dana Wakaf Attar bersama 15 masjid di sekitar Kuantan,” katanya.


Tambahnya, perlaksanaan projek ini dijayakan menerusi kutipan dana daripada warga KUIPSAS
dan juga orang ramai bagi membuka peluang sedekah kepada masyarakat.


Hasil kutipan itu kemudiannya digunakan untuk membeli minyak attar dan minyak wangi
supaya dapat diagihkan kepada semua masjid terlibat.


“Alhamdulilah, hasil usaha pelbagai pihak, kami berjaya mengagihkan 300 botol minyak attar
dan minyak wangi di 15 masjid terpilih di sekitar Kuantan,” katanya.


Wan Syaq Asyraf berkata, MPPKUIPSAS sengaja membuka peluang sedekah kepada orang
ramai bagi membuka peluang sedekah dan amal jariah kepada penduduk sekitar Kuantan.


“Semoga peluang bersedekah ini akan melahirkan rasa tanggungjawab dan prihatin kepada

pemberi sedekah dan beroleh pahala serta redha Allah di dunia dan akhirat,” katanya.


 SUMBER – PAHANGMEDIA

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor