KUANTAN : Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy
Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) YB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.
Menurutnya, keputusan itu amat melegakan seluruh rakyat
negara dan negeri, yang membuktikan kedaulatan dan kebijaksanaan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku dalam melaksanakan pemerintahan negara.
Katanya, keputusan itu juga membuktikan keberkesanan
persepakatan dalam kalangan parti-parti politik yang termasuklah Parti Bersatu
serta Muafakat Nasional (MN) dan Barisan Nasional (BN).
"Semoga dengan ini, pentadbiran negara dapat digerakkan
kembali demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,
InsyaAllah," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
SUMBER : Unit
Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor