Seramai 86 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh 10 hari perlaksanaannya di negeri ini sehingga 28 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah Peraturan 7 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (akta 342).
Menurutnya, selain itu ada yang ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan penyakit berbahaya kepada nyawa orang lain dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
"Sepanjang tempoh tersebut, polis juga telah membuka 43 kertas siasatan dan lima kes melibatkan enam individu dituduh di mahkamah hari ini
"Daripada jumlah itu, dua kes di daerah Lipis (tiga individu), Pekan (dua kes, satu individu) dan Raub (satu kes, dua individu)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Othman berkata, kes di Temerloh melibatkan dua individu akan dituduh di mahkamah esok.
"Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk kes-kes selebihnya dan siasatan akan dipercepatkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
"Justeru, semua pihak dinasihatkan agar patuh kepada semua arahan sepanjang PKP sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) atau berdepan tindakan undang-undang," katanya.
Beliau berkata, sebarang bentuk pelanggaran di bawah PKP serta kesalahan jenayah boleh diambil tindakan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor