KUALA LUMPUR, 11 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO,
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan
penurunan kos hidup rakyat dapat dikurangkan selaras dengan penurunan harga
petrol.
Menurut beliau kesan kejatuhan harga minyak petrol bukan
hanya menjejas pendapatan negara secara langsung, namun juga dua harga komoditi
utama iaitu harga getah dan juga kelapa sawit.
“Harga getah dijangka turun kerana permintaan terhadap getah
asli akan berkurang. Getah tiruan yang diperbuat daripada bahan petroleum akan
jadi lebih murah. Harga sawit juga dijangka akan turun. Biodiesel daripada
sawit sudah tidak diperlukan lagi yang menjadi satu punca permintaan kepada
sawit,” katanya menerusi catatan di facebook di sini, hari ini.
Tambah beliau ketiga-tiga penurunan tersebut adalah tidak
baik kepada rakyat termasuklah kepada negara dan tindakan proaktif kerajaan
adalah sangat diperlukan.
Tambah beliau lagi jika ramalan ini tidak berlaku, maka
eloklah dan diharapkan ianya tidak akan berlaku.
“Dan kita berdoa ianya tidak akan berlaku. Harga barang
mesti diturunkan bila harga petrol turun sebab kos pengangkutan dan pengeluaran
semakin rendah. Adakah ini berlaku? Sekali lagi adalah menjadi tugas kerajaan
untuk memastikan penurunan kos hidup rakyat dapat dikurangkan selaras dengan
penurunan harga petrol,” tambahnya.
SUMBER - UMNO Online
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor