PUTRAJAYA, 6 Mac -- Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus
Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat
kuasa mulai hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini
berkata pelantikan Idrus telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Fasal (1)
Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah juga telah
memperkenankan permohonan Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan
beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020 selaras dengan
Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan
Sri Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang
jawatan sebagai Peguam Negara,” kata Pejabat Perdana Menteri.
SUMBER : BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor