30 Januari 2020, lalu YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail Dun Tahan bertemu masyarakat di Kg. Kuala Tahan, Kg. Gol, Kg. Pagi, Kg. Kuala Sat, Kg. Bantal dan Kg. Bukit Mat Daling.
Sudah tentu lawatan ini memberikan manfaat kepada warga Dun Tahan khususnya Ulu Tembeling.
Jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang yang mengumumkan peruntukan berikut:
1) Projek Tambahan Pesisiran Jalan Ulu Tembeling (jalan masuk ke kampung-kampung) RM160 juta akan ditendar pada Julai 2020.
2) Projek Jalan Ulu Tembeling - Pasir Raja RM410 juta akan ditendar pada tahun ini.
( peruntukan daripada KPLB disahkan oleh Pengarah JKR Pahang yang turut hadir).
3) Peruntukan RM50,000 untuk telaga tube sebagai penyelesaian jangka pendek bagi masalah air penduduk Kg. Tanah Pindah @ Pulau Besar, Bukit Mat Daling. (Peruntukan Kerajaan Negeri)
4) Peruntukan baik pulih Masjid sebanyak RM 20,000 tiap satu kepada Masjid Kg. Gol, Masjid Kuala Tahan, Surau Felcra, Masjid Kg. Pagi, Masjid Kuala Sat, Masjid Kg. Bantal, Surau Kg. Sungai Kuching, Masjid Kg. Gusai dan Masjid Kg. Bukit Mat Daling. (Peruntukan Kerajaan Negeri)
#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#JihadMediaSosial
#PahangKuMedia
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor