Kerajaan PH telah melantik 111,631 kepala samseng yang berselindung disebalik MPKKP disetiap kampung untuk menandingi JKKK dengan bayaran elaun RM1200 sebagaimana yang dijanjikan.
Nyata MPPKP adalah alat politik menakluk kampung kita dan juga alat untuk memecahbelah kampung untuk meraih sokong kepada PH, sedangkan penduduk kampung pada hari ini menolak secara total Kerajaan PH kerana dasar pentadbirannya mengikut sesukahati dan tiada pertimbangan kepada rakyat.
Selain dari itu agenda tersembunyi disebalik MPKKP ialah menubuhkan seberapa banyak Cawangan parti politik PH terutama PPBM untuk menarik sokongan orang melayu.
Apa pun di Negeri Pahang, harapan orang kampung kepada kepada JKKK terlalu tinggi, saranan dan cadangan YAB.Menteri Besar Pahang untuk mengwujudkan kembali JKKK disambut dengan baik. Di Negeri Pahang terbukti kepimpinan JKKK memainkan peranan yang penting menyatukan penduduk, memajukan kampung dan membawa keharmornian dikalangan penduduk.
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#JihadMediaSosial
#PahangKuMedia

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor