Pages

Thursday, January 30, 2020

ISU TH: KENAPA MUJAHID MENYEPI...





Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang sehingga hari ini menyepikan diri selain hanya menuding jari kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkaitan isu Tabung Haji (TH) .



Terdahulu Dr Asyraf Wajdi telah memohon penjelasan Mujahid berkaitan pelbagai isu TH termasuklah penjualan aset tanah ladang milik Tabung Haji Plantation (THP) dan juga polemik borang rayuan haji yang mengelirukan, malah beliau telah mempelawa Mujahid untuk berdialog mengenai isu-isu TH.

“Sehingga hari ini YB Dr Mujahid Yusof Rawa menyepikan diri selain hanya menuding jari kepada Kerajaan BN terdahulu. Kalau takut untuk berdialog secara ilmiah dan beradab, eloklah tubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai status TH,” katanya dalam kenyataan pendek menerusi Facebooknya hari ini.

Tegas beliau lagi, rakyat berhak tahu kebenarannya?

“Bukankah RCI juga terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH)?” soal beliau lagi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor