KUANTAN - Rakyat di Negeri Pahang khususnya disarankan agar
memilih pusat pengajian yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sebelum
menghantar anak-anak mereka.
.
YB Dato Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad turut mengingatkan
kepada pihak yang ingin membuka pusat pengajian seumpama itu agar mematuhi
syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi yang
bertanggungjawab.
.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan
Kesihatan Negeri Pahang itu juga menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri ada
menawarkan pusat-pusat pengajian yang memadai dengan tawaran bantuan melalui
Yayasan Pahang serta MUIP bagi mereka yang memerlukan.
.
"Atau jika disini tidak juga menepati citarasa
masyarakat, mereka boleh menghantar ke Pusat-Pusat Pengajian swasta,
persendirian atau pondok yang berdaftar dibawah MUIP.
.
"Janganlah pergi ke pusat-pusat pengajian yang tidak
menepati syarat serta kriteria ditetapkan," katanya ketika bertemu dengan
pihak media hari ini.
.
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan Kerajaan Negeri juga
akan memastikan agar JAIP dapat menyenaraikan Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan
serta Tahfiz atau Pondok yang mendapat kelulusan Kerajaan Negeri atau dibawah
seliaan untuk paparan di lokasi umum bagi memudahkan orang ramai menyemak.
.
"Kerajaan Negeri juga menyeru agar agensi-agensi
Kerajaan dan swasta serta orang ramai sentiasa mendekati warga pondok dan
mendampingi mereka.
.
"Kerana ini mungkin membantu kekurangan serta kelemahan
bagi menampung suasana dan mengelakan kemurungan seperti yang berlaku baru-baru
ini," tambah beliau.
Semalam, beliau turut menggiringi Keberangkatan YAM Tengku
Panglima Raja Mejar Tengku Amier Nasser Ibrahim Shah Menjenguk dan menyampaikan
titah takziah Paduka Ayahnda Al Sultan Abdullah Riayatudin al Mustafa Billah
Shah menjenguk keluarga ayah mangsa dera mati Mohamad Amin bin Aiman dipusat
tahfiz baru-baru ini.
SUMBER: UMNO PAHANG

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor