KUANTAN: 31.10.2019: Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato'
Sri Dr. Salehuddin Ishak mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan
Banci Negeri Pahang bilangan 1 Tahun 2019 di Pejabat SUK Pahang.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memastikan perancangan
pelaksanaan Projek Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di peringkat
negeri ini dapat dilaksanakan secara berkesan.
YB. Dato' Sri Dr. Salehuddin ketika menyampaikan ucapan pada
mesyuarat itu berkata, Jabatan Perangkaan telah menerima mandat untuk
melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020).
"Banci ini dilaksanakan setiap 10 tahun dan sebanyak
lima banci telah dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia iaitu pada tahun 1970,
1980, 1991, 2000 dan 2010.
"Objektif pelaksanaan Banci 2020 adalah untuk
mendapatkan stok dan profil penduduk serta perumahan yang komprehensif sehingga
ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi
serta sosio-ekonomi penduduk," katanya.
Yang turut hadir, Ketua Perangkawan Malaysia, YH. Dato' Sri
Mohd. Uzir Mahidin.
Beliau berkata, data banci terkini dan komprehensif akan
menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan negara.
"Justeru kerjasama antara agensi amat penting dalam
memastikan pelaksanaan Banci 2020 dapat mencapai sasaran yang ditetapkan,"
katanya.
SUMBER: Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#kerajaannegeripahang
#ukomp
#MajuTerusPahang
#Pahang1st

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor