KUALA LIPIS, 30.10.2019 : Sebanyak 13 buah rumah di Kampung Baru Cina di
Benta, Kuala Lipis dekat sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang
Nor Hisham Mohammad bagaimanapun berkata setakat ini, tiada kecederaan atau
kematian dilaporkan.
“Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.05 pagi dan bomba
berjaya mengawal api kira-kira sejam 30 minit kemudian.
“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih
dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nor Hisham berkata tiga jentera bomba, dua van Perkhidmatan
Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah jentera tangki air
dengan kekuatan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dan Raub
dikejarkan ke lokasi kejadian.
Selain itu, operasi memadam kebakaran juga mendapat bantuan
lima anggota Pasukan Bomba Sukarela Kuala Gali di Dong, Raub.
SUMBER: BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor