Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akhirnya menyerahkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah vernakular berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan jawi.
“Sejak bila kandungan buku teks ditentukan oleh PIBG?
“Sejak bila PIBG menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)? Soalnya dalam satu hantaran di Facebook.
Sebagaimana kenyataan rasmi KPM, mesyuarat Jemaah Menteri PH semalam telah membuat keputusan mengekalkan keputusannya sebelum ini supaya pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu tahun empat di SJK mulai tahun 2020 diteruskan.
KPM bagaimanapun berkata, ia hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui oleh PIBG serta ibu bapa dan murid bagi SJK manakala bagi sekolah kebangsaan ia akan teruskan seperti biasa.
Untuk rekod, pengenalan tulisan khat dan jawi di SJK mendapat tentangan daripada pelbagai pihak sekolah vernakular tersebut terutamanya Dong Zong hingga KPM akur menjadikan ia pilihan dan dikurangkan dari enam muka surat kepada tiga muka surat sahaja.
Dalam catatannya, Dr Ahmad Zahid turut memberi peringatan agar jangan menggunakan skrip salah UMNO kerana UMNO tidak membantah isu Pengenalan Tulisan Jawi.
“Isu tulisan jawi di SRJKC dan SRJKT ini dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ia ditentang oleh penyokong kuat Kerajaan PH sendiri iaitu Dong Zong.
“Apakah sandiwara atau sinetron yang cuba dikaburi oleh Pakatan Harapan? Bidasnya lagi.
Justeru, Dr Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mendesak PH tidak terus berpolemik dan lebih baik mereka bertanggungjawab menyelesaikan kegagalan mereka mengurus masalah ekonomi negara dan hutang negara yang mencecah RM810 billion.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor