CIAPAN seorang pemimpin DAP di akaun Twitter beliau bahawa
mendiang datuknya adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa
Perang Dunia Kedua telah menimbulkan pelbagai persoalan. Dinyatakannya semasa
penjajahan Jepun itu, mereka berkorban mempertahankan kedaulatan negara.
Dijulangnya sebagai wira dan wirawati di mana sumbangan mereka wajib diberi
penghargaan.
Bagi sesiapa sahaja atas Pengajian Malaysia atau Sejarah
dipelajari, ciapan itu sangat memusykilkan kerana perajurit yang mempertahankan
negara ketika itu adalah tentera dari Negara-negara Komanwel. Adapun tentera
tempatan adalah dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan semuanya
berketurunan Melayu. Kerana itu pelik bila Ahli Parlimen dari Perak ini
menyatakan demikian.
Pihak lain adalah Malayan People's Anti-Japanese Army
(MPAJA) dari pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) juga dipanggil Bintang Tiga
yang menentang atas kebencian berhubung kait perang China-Jepun. Namun, MPAJA
yang mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari selepas kekalahan
Jepun, telah menimbulkan huru-hara dan keganasan serta pembunuhan.
Natijah paling buruk ialah MPAJA atau Bintang Tiga yang
terdiri dari ahli-ahli Parti Komunis Malaya ini telah meletuskan pertempuran
perkauman khususnya antara orang Cina dengan Melayu hingga merenggangkan
hubungan. Kini, adakah pemimpin DAP tersebut cuba mengapikan sentimen perkauman
dengan menjulang terbuka mendiang datuknya sebagai bekas perajurit yang
mempertahankan negara ini?
Persoalannya adakah ini episod lanjutan dari provokasi awal
perlekehan ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai "hanya tahu
makan dan tidur sahaja" oleh taikun pro-PH, Koon Yew Yin minggu lalu?
Setelah martabat para perajurit sebenar negara ini direndahkan hingga mahu
meletakkan mereka di ladang FELCRA mengganti warga asing, lalu tiba-tiba
diangkat tinggi pihak yang bertindak sebaliknya.
Atas nama kasih sayang dan kecintaan kepada keluarga ia
memberi hak untuk memberi perakuan peribadi terhadap perjuangan datuk nenek
moyang atau generasi terdahulu. Namun sebagai ahli politik berkedudukan, kami
khuatir ciapan itu menjadi isyarat awal untuk mewajarkan perjuangan Komunis.
Apatah lagi menjadi 'lobi' untuk mendapatkan satu pengiktirafan negara sebagai
jasa atau disahkan mereka.
Gelaran perajurit, wira dan wirawati negara serta terma
mempertahankan kedaulatan negara ini serta penghargaan yang diberi adalah hak
eksklusif dan nilai tidak boleh disetarakan dengan MPAJA dan PKM. Paling
dikesalkan, lontaran terbuka itu sudah membayangkan secara halus ketidaksetiaan
sebagai warganegara terhadap tonggak-tonggak penting pejuang dan perjuangan
negara ini.
Demikian itu, kami menggesa pemimpin berkenaan tampil
menyatakan secara terang dan jujur tujuannya membuat ciapan berbau rasis dan
mungkin merangka satu gerakan berkaitan yang kami sebutkan. Atas sebarang
tindakan untuk memperakui atau mengiktiraf perjuangan berkaitan sebagai
mempertahankan negara tidak dapat diterima sama sekali, apatah lagi cuba
memberi penghargaan.
"Islam Memimpin Perpaduan"
YB HAJI RAZMAN ZAKARIA
Perak
\
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor