IPOH, 23.08.2019 -
Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di
sini hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia yang
merupakan pembantu rumahnya, Julai lalu.
Choo Kiong, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan
minta dibicarakan setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim
Norashima Khalid.
Mengikut pertuduhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Tronoh itu didakwa melakukan rogol terhadap seorang wanita di dalam sebuah
bilik di tingkat atas di rumah bernombor 52, Jalan Desa Meru 2, Meru Desa Park,
Bandar Meru Raya antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu.
Pertuduhan terhadap ADUN daripada DAP itu dilakukan mengikut
Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum
20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri,
Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul
Athirah Azman.
Pihak pembelaan pula dibarisi oleh RSN Rayer, Leong Cheok
Keng, Ram Karpal Singh dan Farhan Sapian.
Hakim Norashima membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan
seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 24 September ini sebagai
tarikh pengurusan kes berkenaan.
SUMBER -UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor