Pages

Tuesday, August 27, 2019

[KUANTAN] PREMIS PERNIAGAAN TIDAK GANTUNG BENDERA AKAN DIKOMPAUN - MPK






Mana-mana premis perniagaan di daerah ini yang tidak menggantung Jalur Gemilang dan bendera negeri sempena sambutan Hari Kebangsaan akan dikompaun bermula Rabu ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, arahan berbuat demikian telah dikeluarkan menerusi Pekeliling Pelesenan Bil. 10/2019 - Pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62.

Katanya, menerusi pekeliling itu, semua premis perniagaan dimestikan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri serta memberi pencahayaan sempena sambutan bulan kemerdekaan 15 Ogos hingga 16 September ini.

"Sehubungan itu, premis perniagaan diberi tempoh sehingga esok untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang sebelum operasi penguatkuasaan dijalankan bagi mengenakan tindakan kepada pemilik premis perniagaan yang gagal mematuhi peraturan tersebut bermula Rabu ini.

"Kegagalan pemilik premis mengibarkan Jalur Gemilang akan dikenakan kompaun RM250 di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti mana syarat -syarat am yang tertera di belakang setiap Lesen Premis Perniagaan," katanya dalam kenyataan.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor