Susulan video “Malu Apa Bossku” yang dicipta gadis cantik
Sabah, Nurul Fadzilah Nordin, 34, beliau bakal melancarkan 1 klip video terbaru
untuk lagu tersebut dalam masa terdekat.
Video tersebut yang dikongsi bekas Perdana Menteri Najib
Razak semalam di laman sosial Facebooknya telah mendapat tontonan hampir
200,000 dan 3,000 komen serta 783 “share”.
Tidak mempedulikan kecaman netizen di media sosial, Fadzilah
yang terkenal dengan gelaran Nurfazz akan meneruskan misinya itu pada bulan
depan bersama krew produksi di Sabah.
Sebenarnya terkejut bila video itu viral semalam, dan
dikongsi pula oleh Najib di Facebooknya.
“Siapa yang tak suka kan bila dipuji? Tapi saya buat video
ini sahaja suka-suka dan tak pernah hubungi pegawai Najib sekalipun untuk minta
di postkan dalam Facebooknya,” katanya kepada FMT.
Nurfazz sebelum ini artis Bintang Klasik RTM 2014 dan artis
Irama Malaysia RTM 2010,mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.
Dia juga merupakan artis kebudayaan di Sabah.
Bercerita tentang kecaman yang diterima, Nurfazz berkata
terdapat seorang netizen yang membuat grafik gambarnya di bahagian tengah serta
diapit gambar isteri Najib iaitu Rosmah Mansor.
“Di gambar itu, dia menulis ‘muka nak kena C4’, selain itu
ada juga yang kata saya ni lelaki sudah pungut masih lagi nak berlagak.
“Tapi itu semua tidak menjejaskan kerjaya saya sebab
untungnya saya hanya bekerja sendiri,” ujarnya lagi.
Dalam 1 klip video yang dikongsi Najib di Facebooknya,
pencipta lagu tersebut yang juga penulis lirik dan menyanyikan lagu itu sendiri
mendendangkan beberapa petikan lagu tersebut.
“Malu Apa Bossku, kita naik Y-suku, kita lawan fitnah tiga
suku.
“Malu Apa Bossku, ramai yang tertipu, akhirnya kini mulai
menyatu.
“Malu Apa Bossku, Kita lawan kita radu,” nyanyi Nurfazz
dalam rakaman berdurasi 28 saat itu.
Najib yang berkongsi video itu memuji penyanyi itu sebagai
“bermuka comel” dan “bersuara merdu”.
SUMBER: @freemalaysiatoday
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor