Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yakin Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan terlepas daripada apa-apa tindakan dari Parlimen yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) setelah terbukti Setiausaha Agung Dap itu berbohong dan mengelirukan Dewan Rakyat.
“Gerenti. Kes rogol pun polis kena ‘sounding’ dari Dap kerana polis berani nak tahan wakil rakyat Dap untuk siasatan.
“Kes ketua bahagian Dap ugut ketua polis daerah secara bertulis pun lepas begitu sahaja.
“Ini kan ‘hal kecil’ memfitnah dalam Parlimen dan membohong seluruh rakyat Malaysia tentang berpuluh bilion Ringgit? Kita tunggu laporan penuh dibentang minggu depan,” tegas Najib dalam satu hantaran di Facebook.
Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkata demikian mengulas mengenai laporan media hari ini berkaitan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk wang input Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dibentang minggu depan.
Laporan tersebut jelas menyatakan; “Wang GST RM19.2 bilion itu tidak ‘dicuri’ atau ‘dirompak’ seperti dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika beliau mendedahkan dana ‘hilang’ di Dewan Rakyat pada Ogos tahun lepas.”
Tambah Najib, ini jelas bermaksud Parlimen dengan rasminya telah mengesahkan Guan Eng membohong dalam parlimen.
“Ada bukti video pembohongan dari mulut dia.
“Tuduhan itu juga dilaporkan dengan meluas oleh media masa itu,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor