Pages

Thursday, July 4, 2019

PAHANG SKILL MENANDATANGANI MOU DENGAN MPC UNTUK KECEKAPAN DAN PRODUKTIVITI PAHANG




Kuantan. 4.7.2019 : EXCO Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Pahang, Dato’ Noorol Azali Sulaiman berkata Memorandum Kefahaman (MOU) antara Pahang Skill dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) hari ini akan dapat membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti individu dan produktiviti di negeri Pahang.


“Pada peringkat nasional, RMK11 telah mengariskan 6 teras strategic bagi memacu ekonomi negara, Kesemua teras strategic tersebut disandarkan kepada usaha untuk meningkatkan produktiviti secara lestari.”

“Disamping itu juga, pelancaran Dasar Industri 4.0 telah disempurnakan tahun lalu menggariskan pelbagai inisiatif untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih kepada proses dan sistem di bawah industry 4.0 bagi meningkatkan produktiviti mereka.”


“Salah satu inisiatif di bawah dasar ini ialah “Readiness Assessment” yang memberi peluang kepada PKS  untuk dinilai tahap kesediaan industry 4.0 mereka serta cadangan intervensi menggunakan teknologi industry 4.0 yang bersesuaian” kata Dato’ Noorol.


Beliau mengucapkan tahniah kepada Pahang Skills dan MPC kerana bekerjasama bagi membantu PKS di Pahang dalam bidang pembangunan Kapasiti, Sistem dan Teknologi.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor