PENINGKATAN kes-kes penghinaan terhadap agama Islam semakin
membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Terbaru melibatkan suatu status laman muka
buku ‘Wendy Loong’ yang jelas menghina Nabi SAW dan Islam.
Amat mendukacitakan kes-kes ini kelihatan semakin berleluasa
dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab semakin berani menonjolkan penghinaan
yang berbaur provokatif terhadap umat Islam.
Penghinaan tersebut seolah-olah sengaja dilakukan bagi
mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam kalangan masyarakat khususnya orang
Islam serta boleh mengikis keutuhan sosial dalam negara kita.
Meskipun kita mempunyai undang-undang yang berkaitan
termasuklah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA), malah
ia juga boleh melibatkan Akta Hasutan 1948 yang mengalami pindaan terakhir pada
2015 iaitu penambahan klausa "promote feelings of ill will, hostility or
hatred...on the ground of religion, namun ia dilihat gagal mengekang penghinaan
yang semakin berleluasa di media sosial.
Persoalannya, adakah undang-undang hari ini masih longgar
dan tidak mampu memberi cegah rintang (deterrent) terhadap kes-kes sebegini?
Saya menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Polis
Diraja Malaysia, dan JAKIM mengambil suatu langkah drastik yang bersepadu bagi
mengekang perkara sebegini daripada terus berulang pada era Malaysia Baru.
Malah, saya juga berpandangan kesalahan penghinaan atas nama
agama, kaum dan raja-raja perlu digolongkan dalam senarai "jenayah
siber" selain bersifat penipuan kewangan dan perlu dibanteras secara
besar-besaran.
SUMBER: MUHAMMAD RASHIDI ABDUL RAZAK
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor