KUANTAN - Tindakan tegas perlu diambil kepada dalang yang
terlibat menghina nabi Muhammad SAW supaya dikenakan hukuman setimpal.
Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM
Zulhasli berkata, langkah itu penting bagi memberi pengajaran bukan sahaja
pelaku tetapi orang ramai agar tidak melanggar garis sensitiviti antara agama
dan kaum.
Menurutnya, perbuatan menyentuh sensitiviti agama jelas akan
merosakkan perpaduan yang dibina sejak sekian dan harus dipertahankan.
“Rakyat mahukan perpaduan dan bukannya membakar sentimen
perkauman dan keagamaan secara keterlaluan semata-mata untuk mendapat
keuntungan politik.
“Penghinaan Nabi Muhammad bukan isu politik dan tidak harus
dipolitikkan oleh pihak yang berkepentingan.
“Jadi semua pihak tanpa mengira ideologi politik seharusnya
menolak perbuatan biadab ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, PSAP dan NGO di negeri ini akan terus berada di
barisan hadapan untuk mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan orang
Melayu tanpa mengetepikan dan mendiskriminasikan hak kaum serta agama lain.
“Kita mestilah hidup saling hormat menghormati antara satu
sama lain dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang
bangsa dan agama.
“Saya percaya majoriti rakyat Malaysia mahukan dan cintakan
perpaduan dan menolak sebarang usaha untuk membakar sentimen perkauman dan
keagamaan yang melampau demi Malaysia yang lebih bersatu padu dan harmoni,”
katanya.
SUMBER:
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor