Pages

Monday, July 15, 2019

BELANDA DAN CHINA BERMINAT MELABUR BIDANG PERTANIAN DI PAHANG : MB





LIPIS:  Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pelabur-pelabur dan Belanda berminat dalam bidang padang ragut di Pahang memandangkan Malaysia masih mengimport daging dari luar negara.


“Bagi tujuan mengadakan suasana lebih kondusif, Kerajaan Pahang akan mewartakan lebih banyak tanah untuk kegiatan bidang padang ragut bagi memastikan pelabur-pelabur dalam bidang tersebut akan terus meningkat. “


“Sementara delegasi Pahang ke  China juga mendapat sambutan baik dan pelabur-pelabur sedang dalam proses mengadakan perjumpaan susulan untuk mengadakan projek kerjasama dengan kerajaan Pahang dalam bidang pertanian,” kata beliau.


Berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad, Dato’ Sri Wan Rosdy berkata Menteri Kewangan mendakwa Pahang akan bangkap 3 bulan apabila kerajaan PH memerintah tahun lalu, tetapi sebaliknya p pendapatan  Pahang meningkat lebih tinggi sejak setahun memerintah sebagai pembangkang kepada kerajaan pusat.


Bercakap mengenai kerjasama UMNO-PAS, beliau berkata PH akan tewas semua 5 kerusi yang dimenanginya pada PRU14 jika UMNO dan PAS bergabung dalam PRU15 nanti.


Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 33 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis dihadiri lebih 500 ahli.


Turut hadir pada majlis ini adalah, Dato Fattah bin Abdullah Pengerusi Koperasi Kendali, Presiden Angkasa Malaysia, Dato Hafizi bin Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis, Dato Mustafa bin Long, YB Lee Ah wong, Adun Cheka dan Senator Dato’ Siti Fatimah Bt Yahaya.


Sumber: Pelapor: Pegawai PRO Lipis.
Saharuddin Bin Shamsudin
Nur Fitri Bin Mat Noor
Norfaizah Bt Abdul.Manaf
Hasuzila Bt Hashim


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor