GEORGETOWN, 23.7.2019 - Polis menerima 11 laporan daripada badan bukan
kerajaan (NGO) dan orang perseorangan mengenai posting menghina Nabi Muhamad
SAW oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che
Zaimani Che Awang berkata, sejak awal pagi semalam, pihaknya menerima laporan
mengenai individu tersebut yang menghina agama Islam dan Nabi Muhamad SAW
melalui posting yang dimuat naik ke dalam laman Facebook 'Kiub Batu Itu
Berhala'.
Menurutnya, kesemua 11 laporan itu dibuat di antara jam 1.07
hingga 1.40 pagi tadi.
Che Zaimani berkata, menurut salah seorang pengadu, dia
terbaca posting tersebut pada jam 11.30 malam semalam lalu terus membuat
laporan polis bagi siasatan ke atas individu tersebut dijalankan.
"Hasil siasatan, akaun Facebook di atas nama suspek
iaitu Wendy Loong gagal dikesan dipercayai telah dipadamkan. Bagaimanapun, kita
masih berusaha untuk mengesan suspek. Selain itu, posting dan akaun Facebook
suspek juga telah ditangkap layar dan dikongsi oleh orang ramai," katanya
ketika dihubungi tadi.
Beliau berkata, siasatan terhadap laman Facebook 'Kiub Batu
Itu Berhala' mendapati ia merupakan kumpulan tertutup dan tidak boleh diakses.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
SUMBER
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor