Pages

Friday, June 14, 2019

MOHD. YUSRI PANGKU TUGAS KETUA POLIS PAHANG



polis




Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri hari ini mengambil alih tugas sebagai pemangku Ketua Polis Pahang menggantikan Datuk Seri Mohd. Zakaria Ahmad.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd. Rahim Jaafar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini.

Mohd. Zakaria dalam ucapannya meletakkan keyakinan dan sepenuh kepercayaan kepada pegawai dan anggota di negeri ini memikul tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik.

Menurutnya, polis berada di landasan kepemimpinan yang betul dalam menjaga integriti sebagai pegawai dan anggota kerana Polis Diraja Malaysia sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Terima kasih kepada PDRM kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkhidmat di negeri ini yang sememangnya mempunyai cabaran dan pengalaman berbeza kepada saya.

“Sepanjang lapan bulan menjawat jawatan Ketua Polis, tidak banyak isu dan karenah yang dihadapi ,tambahan pula kadar jenayah di sini masih tenang dan terkawal,” katanya pada majlis serah terima tugas berkenaan.

Beliau yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Komersial Bukit Aman turut mengingatkan setiap pegawai dan anggota menjaga semangat setia kawan yang menjadi asas kepada perkhidmatan polis.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor