Pages

Wednesday, June 19, 2019

LEBIH BANYAK PERUMAHAN RAKYAT SERBA LENGKAP AKAN DIBINA DI BANDAR JENGKA





KUANTAN, 19.6.19: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sejumlah 111 buah Rumah Makmur serta 242 buah rumah PR1MA Pahang dijangka dapat disiapkan di Projek Bandar Jengka, berkeluasan 122 ekar dalam daerah Maran.


“Projek Bandar Jengka, dalam daerah Maran, turut membangunkan lot komersil, hotel, hyper market, restoran pandu lalu, stesen minyak, kedai pejabat 3 tingkat dan gerai 2 tingkat.”


“Fasa pertama kawasan perumahan itu dijangka siap 2 tahun lagi dan siap sepenuhnya 3 tahun lagi”, kata beliau.


Menteri besar bercakap dalam sidang akhbar selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Cadangan Projek Pembangunan PR1MA Pahang, Perumahan Mampu Milik dan Perniagaan Atas Tanah Kerajaan di Bandar Jengka, Maran antara Kerajaan Pahang dengan Syarikat Angsanapuri Development Sdn Bhd.


Pahang telah meluluskan 131 projek PR!MA Pahang berjumlah 40,009 buah rumah. Bagi Perumahan Makmur pula, Pahang telah meluluskan 18 projek membabitkan 7,156 buah rumah.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor