KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan 30 Julai ini cuti am
tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong
ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar berkata pengisytiharan
hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan
Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan.
“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan
negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri,” katanya dalam kenyataan hari
ini.
Sumber: BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor