Pages

Thursday, May 30, 2019

TAMBANG BAS NAIK 10% SEMPENA AIDILFITRI, KATA PERSATUAN





PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) berkata, tambang bas ekspres akan dinaikkan 10% mulai 31 Mei hingga 9 Jun ini bagi perjalanan di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.


Presidennya, Mohamad Ashfar Ali berkata, kelulusan permohonan PMBOA itu dimaklumkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) pada 12 April lalu bagi menampung perbelanjaan tambahan syarikat bas ekspres untuk membayar gaji pekerja yang bekerja sepanjang cuti Aidilfitri nanti.


Beliau berkata, pekerja itu terdiri daripada pemandu bas, konduktor dan pekerja kaunter.


“Kenaikan 10% ini biasa. Setiap tahun sama dan kenaikan itu mengikut harga tiket bas yang dibeli,” katanya


Ashfar berkata, pengusaha akan menyediakan perkhidmatan bas tambahan sebanyak 20%.


“Ini bagi memastikan bas pada hari raya Aidilfitri mencukupi untuk mereka pulang ke kampung halaman.”


Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat berwaspada dengan “ulat tiket” yang menjual tiket 2 atau 3 kali ganda lebih mahal atau terbeli tiket palsu.

SUMBER: 



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor