Kuantan, 9.5.2019: Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail
menyampaikan sumbangan bantuan awal Ramadhan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri
dan Ahli Parlimen bagi disalurkan kepada rakyat dikawasan setempat
masing-masing.
Jumlah keseluruhan sumbangan ini sebanyak RM720,000 daripada
Kerajaan Negeri dan sebahagian daripada itu dari Amanah Saham Pahang Bhd
(ASPA).
Bantaun ini boleh dilakukan kerana hasil pendapatan Negeri
Pahang telah bertambah tahun ini berbanding tahun lalu.
Sehingga akhir Mac 2019, jumlah peningkatan hasil Kerajaan
Negeri menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan, berbanding tempoh
yang sama tahun lepas ( 2018 ).
Nilai yang dikutip sehingga akhir Mac 2019 atau suku pertama
tahun 2019 adalah sebanyak RM 120 Juta, ia meliputi hasil-hasil tanah, hutan
dan air. Berbanding tahun lepas bagi tempoh yang sama, Kerajaan Negeri berjaya
kutip RM 100 Juta, ini merupakan peningkatan sebanyak RM 20 Juta hasil Kerajaan
Negeri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor