Pages

Wednesday, May 29, 2019

[RAUB] PEMUDA MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI



KEADAAN motosikal ditunggang mangsa dalam kejadian kemalangan maut



Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 342 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu awal pagi tadi.

Ketua polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu berlaku ketka mangsa, Muhamad Saufi Jamaluddin, 27, dalam perjalanan dari arah Dong ke pekan Raub.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang dipercayai menunggang dalam keadaan laju gagal mengawal kenderaan dan merempuh bahagian belakang lori.

“Akibat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu lori yang dikatakan tidak menyedari kejadian meneruskan perjalanan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor