Kuantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPB Raja
Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum
Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menemani Anakandanya, Pemangku
Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki pesawat Malaysia Airlines
di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan disini hari ini.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal
Ibrahim Alam Shah menaiki pesawat tepat jam 7.50 malam tadi untuk ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan dari
KLIA ke Lapangan terbang Heathtrow London bagi meneruskan pengajian di Akademi
Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom dalam bidang ketenteraan dan
Strategik.
Baginda berangkat pulang ke tanah air Khamis lalu apabila
menerima berita sedih kemangkatan nenda baginda, Almarhum Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu
Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada pagi Rabu.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan
Ismail, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang,Dato Sri Haji Ishak
Mohammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,Dato' Sri Dr Salehuddin Ishak,
Mufti Pahang,Sahibus Samahah Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Osman, Exco
Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin,
Dato’ Sri Norol Azali Sulaiman, Dato’ Mohd Fakharuddin Ariff dan Dato’ Nazri
Ngah, pegawai kanan kerajaan, Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang.
Semoga Pemangku Raja Pahang selamat tiba ke destinasi yang
dituju, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah serta berjaya dalam bidang
pengajian yang diceburi.
SUMBER:
UNIT KOMUNIKASI MEDIA PAHANG..
YB. Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi
Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia
Negeri Pahang/ ADUN Bebar.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor