Pages

Sunday, May 12, 2019

PEMANDU TEKSI TOLAK PERATURAN BARU CERMIN GELAP




PETALING JAYA: Persatuan pemandu teksi tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan berhubung peraturan baru cermin gelap bagi bahagian sisi penumpang dan belakang kenderaan dan menganggap keputusan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook kurang bijak.


Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Shamsubahrin Ismail berkata, keputusan kerajaan ini meletakkan tahap keselamatan pengguna kenderaan, termasuk teksi dalam bahaya dan akan menimbulkan lebih banyak gejala tidak sihat.


“Saya bersetuju dengan pihak polis yang buat kenyataan awal mereka tidak dimaklumkan dan tidak bersetuju. Bagi saya, ia tidak bijak kerana mengundang banyak lagi gejala tidak sihat dan membuka ruang kepada banyak salah laku, antaranya rompakan terhadap pemandu teksi atau pengguna, termasuk Grab.


“Kita bimbang akan wujudkan kes rogol, cabul, pemandu dirompak, penumpang dicabul dan sebagainya, sekarang ini ada larangan cermin hitam pun macam-macam jenayah berlaku,” katanya.
Shamsubahrin berkata, pihaknya tidak akan menggelapkan cermin teksi walaupun kerajaan membenarkannya.


“Tetapi kalau pemandu teksi nak pasang cermin gelap dia kena mohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, kena ikut syarat bayar RM5,000. Saya rasa pemandu tidak akan buat, kecuali pemandu itu ada niat nak merompak, nak cabul, ada niat jahat,” katanya.
Shamsubahrin turut mendakwa kerajaan terlalu tunduk kepada golongan kaya kerana membenarkan penggunaan cermin gelap.


“Cermin hitam bukan satu kepentingan. Bagi kita, kalau untuk orang sakit, menteri – itu cukuplah. Orang kaya, VVIP ini tak payah.”


“Kenapa nak utamakan orang kaya? Buka untuk orang awam itu hanya alasan sebabnya nak bantu orang kaya sahaja, jadi dia guna alasan buka kepada semua,” katanya.

Sumber: 


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor