KUANTAN: Aplikasi ”
Pahang Go” terus mendapat perhatian syarikat-syarikat swasta untuk bekerjasama
dalam menjayakannya.
Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail membuka
ruang kepada beberapa syarikat memberi taklimat dan perbentangan kertas kerja dalam
menjayakan projek “Pahang Go” di Zenith Hotel, Kuantan.
Antara syarikat yang hadir pada hari adalah Jompay,
Digi, dan Paynet, anak syarikat Bank Negara dan Ambank.
Projek aplikasi PahangGo adalah untuk memudahkan rakyat
menunaikan tanggungjawab mereka membayar cukai taksiran kepada pihak berkuasa
tempatan (PBT); pembayaran levi atau fi kepada agensi kerajaan negeri dan
pelbagai pembayaran lain yang membabitkan urusan dengan kerajaan negeri dengan
lebih cepat dan mudah.
Aplikasi "Pahang Go" boleh dimuat turun ke telefon pintar untuk memberi pilihan kepada orang awam memilih untuk terus
berurusan di kaunter bagi membayar bil atau cukai taksiran, atau membuat
pembayaran secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Pahang Go’.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau,
Komunikasi dan Multimedia Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff turut hadir.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor