Pages

Friday, May 10, 2019

PAHANG FOKUS PENCEROBOHAN KAWASAN TADAHAN AIR CAMERON HIGHLANDS DAN CHINI






KUANTAN: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, Kerajaan Pahang membelanjakan RM1.8 juta untuk pembelian jentera berat bagi tujuan penguatkuasaan penerokaan tanah haram.


Pembelian berkenaan diyakini dapat memelihara sumber air daripada terus tercemar seterusnya membanteras penerokaan tanah kerajaan secara haram.


Menurutnya, sebelum ini penguatkuasaan sukar dilakukan kerana Pejabat Tanah dan Galian (PTG) tidak mempunyai kemudahan jentera berat.


"Negeri Pahang sangat luas dan memerlukan jentera dan pasukan penguatkuasaan yang utuh, tetapi hanya sesetengah jabatan mempunyai kemudahan jentera berat contohnya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa lagi.


"Oleh itu, PTG akan meningkatkan penguatkuasaan dengan kemudahan dua excavator, dua backhoe dan sebuah selfloader.”


"Kita sedaya upaya menambah kekuatan pasukan penguatkuasaan dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang,


Beliau berkata, tindakan tegas turut dikenakan kepada penceroboh dan pesalah apabila sebanyak RM141,250 dikenakan sepanjang 2018.


"Seramai 34 ditangkap untuk kesalahan di bawah Seksyen 426, 425 Kanun Tanah Negara dan enakmen Mineral 2001.


"Sebanyak 46 kenderaan dirampas dan pesalah dikompaun serta didenda," katanya.

Jelasnya, penyusunan semula Lesen Penduduk Sementara (LPS) akan dilaksanakan dan mengikuti standard.

Sistem yang ada sebelum ini terlalu bebas menyebabkan pekebun boleh buat apa sahaja sehingga menjejaskan kepentingan ramai.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor