KUANTAN – Menteri
Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata penubuhan Pahang Coporation bakal menjadi agensi penyelaras bagi
memperkemaskan operasi syarikat berkaitan kerajaan negeri, selain memastikan
semua pelaburan yang hendak dilakukan telah melalui jawatankuasa risiko.
“Sebagai negeri pembangkang, Pahang berdikari dalam usaha
menjadi negeri maju dan sedang menerokai sumber baharu seperti ekonomi digital, tenaga
hijau dan tenaga boleh diperbaharui, pelancongan kesihatan, dan sukan kerana
menyedari ia tidak boleh selamanya bergantung kepada mineral dan balak”.
"Slogan #majuterusPahang yang diperkenalkan sebaik
sahaja saya mengambil alih pentadbiran negeri pada 15 Mei 2018 bertujuan
membawa Pahang menjadi negeri yang mampu berdikari dengan sumber ekonomi yang
mampan, pengurusan sumber dan pentadbiran yang efisien dalam suasana yang aman
bagi menjamin kesejahteraan rakyat."
"Saya mengakui bahawa kejayaan Pahang adalah apabila
dapat meningkatan pendapatan negeri dalam tempoh empat bulan pertama 2019 iaitu
kepada RM181.5 juta, berbanding RM140.2 juta untuk tempoh sama tahun
sebelumnya," katanya
Menyedari bukan mudah bergelar negeri pembangkang, Wan Rosdy
mengakui beliau tekad untuk menjalin hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan
demi kebajikan dan kebaikan rakyat.
Berdasarkan pengalaman tiga sesi persidangan DUN (DUN)
Pahang sebelum ini, Wan Rosdy mengakui beliau menghargai sikap matang dan
hormat-menghormati semua wakil rakyat negeri ini, walaupun komposisi wakil BN
kini hanya melebihi lapan orang daripada pembangkang.
"Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan
pembangunan RM30,000 kepada wakil rakyat pembangkang yang akan diberikan secara
'lump sum' yang menunjukkan sikap bertimbang rasa dan kedududukan kewangan
negeri berada dalam keadaan stabil," katanya.
Wan Rosdy juga menyifatkan prestasi Anggota Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri sebagai 'baik, mengetahui tugasan mereka, dan memahami kehendak
dan hala tuju negeri', yang turut menjadi faktor peningkatan pendapatan negeri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor