Kuantan, 8.5.2019 : 7
pelajar dipilih untuk menerima Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar pada tahun
ini iaitu empat pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiga pelajar STPM.
Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail
menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar berkenaan di Wisma Sri Pahang hari
ini.
Kesemua penerima BKMB menerima insentif wang tunai RM1,000,
sijil penghargaan, surat amanat dan plaque.
Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB) ini mula
diperkenalkan pada tahun 1998 sebagai maklum balas terhadap saranan YAB Menteri
Besar Pahang ketika itu. Anugerah ini bertujuan membentuk golongan pemikir
anak-anak Pahang yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah diri mahupun
kokurikulum.
BKMB merupakan biasiswa paling berprestij di negeri Pahang
dan pemegangnya merasa terhormat kerananya. Biasiswa ini dianugerahkan kepada
pelajar-pelajar yang benar-benar cemerlang dalam peperiksaan awam peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
selain aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Sejak diperkenalkan sehingga kini, seramai 88 orang pelajar
cemerlang di Negeri Pahang telah berjaya terpilih menerima biasiswa ini dengan
implikasi kewangan RM10.8 juta.
Nilai BKMB adalah setara dengan biasiswa-biasiswa terkemuka
yang ditawarkan di negara ini atau pinjaman pendidikan sedia ada bagi
melanjutkan pengajian hingga peringkat tertinggi di Institusi Pengajian Tinggi
di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Dari 1983 hingga Disember 2018 Yayasan Pahang telah
membelanjakan sejumlah hampir RM1.2 bilion untuk membiayai biasiswa, pinjaman
pendidikan; dan program-program pendidikan, sukan, kebudayaan dan
kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada 1.5 juta penerima
mencakupi semua lapisan masyarakat pelbagai peringkat di semua peringkat pendidikan dan latihan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor