Pages

Wednesday, April 10, 2019

WARISAN PAHANG: GULA KABUNG



Gula Kabung merupakan gula yang dimasak menggunakan kaedah tradisional dengan hanya menggunakan 100 peratus air nira pokok kabung dan juga tanpa campuran gula, pengawet, pewarna mahu pun bahan kimia lain.

Air nira pokok kabung dihasilkan dari tangkai atau tandan bunga jantan sebelum dimasukkan kedalam kawah untuk proses memasak. Proses memasak gula kabung sama seperti mengacau dodol cuma bezanya masa diperlukan untuk mengacau gula kabung lebih singkat iaitu antara 3 hinggga 4 jam.

Air nira kabung yang dimasak perlu dikacau sehingga pekat dan berwarna coklat kemerahan. Setelah betul-betul pekat ia perlu segera dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang yang berbentuk bulat untuk dikeraskan. Proses pengerasan hanya kira-kira 5 minit selepas diambil dari kawah.




Gula Kabung juga amat sinonim dan merupakan warisan daripada Lipis khususnya di Kampung Peruang, Benta. Ini adalah kerana Benta merupakan hub pengeluaran Gula Kabung di Pahang yang terutama.

Kerajaan Negeri juga mengiktiraf gula kabung sebagai salah satu industri di Daerah Lipis.

Dikatakan, gula tradisonal ini mampu menjadi gula gantian kepada mereka yang menghadapi masalah penyakit diabetis, kencing manis, mereka yang mengambil makanan organik dan juga ibu-ibu yang sedang berpantang.

Selain itu, gula ini mengandungi kandungan glukosa yang jauh lebih rendah berbanding gula pasir biasa.

Tambahan pula, ianya kaya dengan vitamin C, Thiamine, Niacin, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat Protein.

Selain daripada menjadi penyedap masakan harian seperti kuih-muih, dodol, malah menjadi pengganti gula dalam kopi.

Ianya turut dijadikan buah tangan serta cenderamata pada majlis tertentu khusus di daerah Lipis.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor