Bagi masyarakat di Kuantan dan sekitarnya, pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah rupa sebenar sebuah menara yang sedang dibina di tepi Sungai Pahang.
Menara Kuantan atau Mercu Teruntum adalah merupakan sebuah menara yang dibina letaknya di tebing Sungai Pahang atau lebih spesifiknya di dalam perkarangan Laman Teruntum.
Dengan pembinaan menara yang ketinggiannya mencecah 180m ini bakal membolehkan pelawat menikmati pemandangan keseluruhan Bandar Kuantan dari aras yang tinggi serta pandangan panorama Sungai Kuantan.
Kerja pembinaannya telah bermula sejak 3 Ogos 2017 dan dijangka siap pada 31 Julai 2019 serta merupakan sebuah projek yang dimajukan oleh East Coast Economic Region (ECER).
Dengan objektif menjadi mercu tanda terkini untuk Bandar Kuantan, menara ini juga akan beroperasi sebagai salah satu sumber penjanaan ekonomi kepada negeri dan rakyatnya melalui pelbagai promosi produk buatan tempatan (cenderamata dan kraftangan) serta akan menjadi tempat acara (event space) yang unik untuk pelbagai majlis keraian.
Menariknya, turut mendapat cadangan aktiviti-aktiviti di Mercu Teruntum seperti sukan Ekstrim-skywalk, guided free fall dan juga Spire Climb.
Selain daripada itu, menara ini turut menyediakan restoran bagi orang ramai untuk menikmati makanan sambil bersantai melihat keindahan Bandar Kuantan.
Pembinaan menara ini pastinya akan menjadi sebuah destinasi utama pelancongan kepada para pengunjung dari dalam dan luar negara serta pada masa yang sama akan menaikkan lagi tarikan pengunjung ke tempat-tempat di sekitarnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor