Pekan, 20.4.2019: Institusi Beraja boleh menangani situasi semasa masyarakat yang terbuka sekarang ini dengan melaksanakan tanggungjawab “semak
dan imbang.”
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Al-Sultan Abdullah bertitah di perasmian
Kolokium Diraja 'Daulat Tuanku' di Muzium Abu Bakar.
Baginda bertitah fungsi “semak dan imbang" adalah tuntutan
semasa dan wajar dalam memelihara dan memupuk tradisi.
Sebagai contoh, baginda merujuk kepada isu berkaitan
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(ICERD) dan Statut Rom yang dilihat mampu menggugat kedaulatan negara.
"Jadi di sinilah letaknya keperluan fleksibiliti dalam
usaha melaksanakan sesuatu dasar dan penentuan tindakan," titah baginda.
Kolokium membincangkan perkara bersifat ilmiah dan topik-topik berkaitan dengan Institusi Beraja yang merupakan tonggak utama dalam sistem pemerintahan di
Alam Melayu. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada generasi baru
tentang kepentingan mempertahankan Institusi Beraja dalam berhadapan dengan
situasi dunia global yang semakin mencabar pada hari ini dalam kerangka membina
jati diri, bangsa dan negara.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan
Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium
Pahang dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang,
Dato' Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor