Kuala Lumpur: 5.3.2019 - UMNO dan PAS hari ini mengumumkan
kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah, kata
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata kerjasama itu bukan gabungan
UMNO dan PAS sebagai parti baharu tetapi atas dasar kebersamaan terhadap
isu-isu yang mempunyai asas kepada kedua-dua parti, selain tiada simbol baharu
yang akan digunakan.
“UMNO dan PAS akan membawa hasil
perbincangan hari ini ke peringkat rakan parti masing-masing.
“Kerjasama ini juga tidak akan meminggirkan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya selepas
mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan bersama antara beliau dan
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Menara Dato’ Onn di sini
hari ini.
Sumber:

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor