Peruntukan sebanyak RM12 juta oleh kerajaan Pusat dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah bekalan air yang kini dihadapi oleh penduduk di Chini, Pekan menerusi pembinaan sebuah sebuah kolam takungan baharu di Loji Rawatan Air (LRA) Chini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu sebelum ini telahpun diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Bagaimanapun peruntukan ini telah dihentikan sementara oleh kerajaan Pusat, namun beberapa hari lalu saya dimaklumkan, kerajaan Pakatan Harapan bersetuju meluluskan peruntukan tersebut dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini untuk rancangan jangka masa pendek,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor