Pages

Thursday, March 14, 2019

[PEKAN] BINCANG MASALAH AKIBAT CUACA PANAS BERLANJUTAN







Jawatankuasa Pengurusan Dan Bantuan Bencana Daerah Pekan hari ini mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tindakan yang akan diambil sekiranya cuaca begini masih berterusan.

Pihak Jabatan Meteorologi Pahang memberikan taklimat berkenaan ramalan cuaca dan pihak PAIP Daerah Pekan memberi taklimat berkenaan permasalahan bekalan air terawat dibeberapa kawasan berkenaan serta tindakan yanh telah diambil dan akan diambil oleh pihak PAIP.




YB. Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Bebar turut hadir.

Antara lain beliau menyatakankan: 

  • Tahniah kepada Tuan Pegawai Daerah kerana mengadakan mesyuarat bencana.

  • Minta kerjasama Ketua Kampung (Pengerusi MPKK) supaya dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai keadaan dan masalah berkaitan krisis air yang dihadapi sekarang.

  • Penyebaran maklumat mengenai keadaan semasa secara menyeluruh perlu dilakukan dua           hala bagi mengelakkan berita tidak benar disebar khususnya di media sosial

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor